Posts

Suami Ladang Pahala Isteri

Image
Senang nya buat pahala bagi seorang isteri...Suami ladang pahala para isteri.    Rasulullah SAW memberi jaminan ini di dalam sebuah hadis:   "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perinta suaminya, maka dikatakan kepadanya masuklah Syurga di mana-mana pintu yang kau suka."    (Riwayat Ahmad dan At Thabrani) Rasulullah SAW pada suatu hari telah bersabda kepada anaknya Siti Fatimah:   "Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, memotong misainya, mengerat kukunya, maka di Akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratulmaut (ketika nazak), dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang lepas daripada seksa Neraka dan selamat melintasi titian Sirat." P/S : Abaikan gunting potong ayam AJ Fried Chicken tu yer hahah

Awak nak saya ajar awak berniaga????

Image
Cust : Kak, boleh ajar saya berniaga tak?  Me : Kenapa nak meniaga ?  Cust : Tengok akak meniaga senang je masyuk hari2 ada duit . Me : Mana kau tau akak banyak duit ? Pernah tengok duit dlm bank akak ke ? 😅 Cust : Ye la tengok akak meniaga hari2 habis .  Me : Ye memang betul. Tapi niat kau tu pun dah hampir salah hahahaha .  ……………………………….……………………………………… Dik….Berniaga bukan sekadar buat duit! Berniaga buat kita terus fight dan otak kita akan terus berfikir macam mana nak betulkan diri serta memberi manfaat kepada orang lain .  Berfikir bagaimana kita ingin lakukan sesuatu perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain…bagi peluang pekerjaan pada orang lain . Sebagai hamba Allah kita terpelihara dari segi hukum . Halal dan haram .  Berniaga ni menguji kesabaran terutama berhadapan dgn customer . Pelanggan hakak ni walaupun tepi jalan bukannya kaleng2 . Ada yg dr pakai Basikal sampai pakai Bentley . Dari B40 sampai abah segala T20 😅 . Tetapi sekarang ramai yang nak berniaga na

Satay jadi duit 😍

Image
Kesenangan tak datang jatuh ke riba. Tanpa usaha mana mungkin boleh berjaya.  Biar orang ketawakan kita kerana mengejar impian kita asal jangan kita menangis merayu bantuan mereka.  Kerana bila kita sudah capai apa kita impikan nanti disitu lah mereka akan muncul dengan tiba².  Selagi ada kudrat jangan kita sekali² berehat. Kerana dunia ini tempat kita meninggal...bukan tempat tinggal.  Ayuh bangsaku...bangkit jangan lalai di sapa kemalasan.  Tapi kalau kau pilih untuk berdiam...jangan kau perlekeh mereka yang berimpian. Pilihan di tangan kita. cikdila.com

RM500 Jadi 5 Angka Dalam Setahun?

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya takde modal! Takut la nak labur duit nanti biz tak jadi ke! Saya mana ada kedai! Ini adalah antara alasan yang banyak usahawan utarakan. MODAL !!!   Percaya tak saya mampu menjana sale 6 angka pada tahun pertama berniaga hanya dengan modal RM500 ???   Macam tak logik…tapi itulah yang berlaku.   16 tahun berkecimpung dalam bidang Oil & Gas (literally tong gas & minyak masak) a.k.a SURIRUMAH hahahaha banyak menyumbang kepada kejayaan saya dalam bidang perniagaan. Bila anak2 dah besar tinggal seorang di rumah bila mereka ke sekolah sangat membosankan. Mula la otak ni berjalan nak cari idea nak buat apa. So saya pun dapat idea nak jual ayam goreng. Pujuk punya pujuk cik abg a.k.a bagi la modal RM500 tapiiiii…..ada syarat hahaha. Dia bagi satu cabaran untuk saya….apa cara saya nak beranak kan duit ni. Bukan dia berkira tapi sebelum ni banyak je wifey dia minta payung modal berniaga tapi semua biz ke laut huhuhu.   So