Awak nak saya ajar awak berniaga????

Cust : Kak, boleh ajar saya berniaga tak? 

Me : Kenapa nak meniaga ? 

Cust : Tengok akak meniaga senang je masyuk hari2 ada duit .

Me : Mana kau tau akak banyak duit ? Pernah tengok duit dlm bank akak ke ? 😅

Cust : Ye la tengok akak meniaga hari2 habis . 

Me : Ye memang betul. Tapi niat kau tu pun dah hampir salah hahahaha . 

……………………………….………………………………………

Dik….Berniaga bukan sekadar buat duit! Berniaga buat kita terus fight dan otak kita akan terus berfikir macam mana nak betulkan diri serta memberi manfaat kepada orang lain . 

Berfikir bagaimana kita ingin lakukan sesuatu perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain…bagi peluang pekerjaan pada orang lain . Sebagai hamba Allah kita terpelihara dari segi hukum . Halal dan haram . 

Berniaga ni menguji kesabaran terutama berhadapan dgn customer . Pelanggan hakak ni walaupun tepi jalan bukannya kaleng2 . Ada yg dr pakai Basikal sampai pakai Bentley . Dari B40 sampai abah segala T20 😅 .

Tetapi sekarang ramai yang nak berniaga nampak duit jer . Tak salah berniaga untuk dapat kemewahan tetapi berpada dengan manfaat yang akan kita berikan kepada orang lain . 

Betulkan niat sebelum memulakan perniagaan supaya kita boleh bahagia kan orang dulu. Akhir sekali baru lah diri sendiri .

1- Mak / Ayah
2- Pasangan
3- Anak 
4- Adik beradik
5- Orang susah 

Insyaallah jika kita betulkan niat , perjalanan biz kita adalah dipermudahkan .

🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Adoi penat dah membebel. Sapa lapar meh roger…kita hantar kan. PKP ni jangan merayap sangat…biar kami yang ada surat MITI ni je jalan2 hantar makanan 😂

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Ladang Pahala Isteri

RM500 Jadi 5 Angka Dalam Setahun?

Satay jadi duit 😍